Call Us: +603 9769 7791
Frequently Asked Questions
Below are frequently asked questions, you may find the answer for yourself

4. ADAKAH APA-APA PERUNTUKAN DISEDIAKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK SULAM?

?

Projek SULAM yang dirangka dengan baik mampu menarik keterlibatan pihak industri dan juga agensi kerajaan dalam menyediakan sumber peruntukan yang diperlukan.

6. PERLUKAH SAYA MENDAFTAR UNTUK MENGAKSES PORTAL SULAM INI?

?

Tidak : Jika hanya ingin melayari sebarang maklumat, hebahan atau aktiviti-aktiviti yang dipaparkan di Portal ini.

Ya : Jika ingin terlibat di dalam aktiviti SULAM samada sebagai pihak IPT (melalui penyelaras SULAM), komuniti, industri atau agensi kerajaan.

7. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAFTAR UNTUK MENGAKSES PORTAL SULAM?

?

Perlu mendaftar sebagai pengguna baharu terlebih dahulu dengan memilih simbol ibu kunci yang ada di bahagian atas sebelah kanan portal. Kemudian maklumat yang diperlukan perlu dihantar melalui portal ini termasuk memilih peranan sama ada sebagai Komuniti atau Industri/ Agensi Kerajaan sebelum kebenaran akses diberikan oleh pihak admin.

8. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH TAHU BAHAWA PERMOHONAN PENDAFTARAN SAYA TELAH DILULUSKAN?

?

Satu emel pengesahan dari pihak admin akan dihantar ke emel pemohon.

10. ADAKAH SAYA BOLEH MELIHAT ATAU MENDAPATKAN INFO BERKENAAN PROJEK SULAM YANG SEDANG DIJALANKAN?

?

Ya. Pengguna perlu mengakses maklumat di tab aktiviti/ program yang sedang dijalankan di halaman utama portal.

1. APAKAH PERBEZAAN ANTARA KHIDMAT MASYARAKAT ATAU SUKARELAWAN DENGAN PROGRAM SULAM INI?

?

Khidmat Masyarakat : kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan dalam menjalani kehidupan. Contoh – gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan mengecat serta membaiki rumah/bangunan.

Sukarelawan : aktiviti yang dilakukan dengan sukarela secara individu atau berkumpulan yang memberikan manfaat kepada individu lain atau masyarakat. Contoh – misi bantuan bencana, pendidikan dan sukan.

SULAM : memberikan khidmat kepada komuniti melalui penyampaian ilmu yang dipelajari di bilik kuliah serta kemahiran yang diperolehi bagi menyelesaikan permasalahan setempat seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk. Contoh : penanaman cendawan, pembangunan taman herba, pengajaran katering dan makanan. 

2. BOLEHKAH PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ATAU SUKARELAWAN DIJADIKAN SEBAGAI PROJEK SULAM?

?

Ya sekiranya program dijalankan oleh pelajar dan dikaitkan dengan hasil pembelajaran dalam mana-mana kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melalui perancangan yang baik dalam menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan perkhidmatan, setiap program kesukarelawanan dan khidmat masyarakat dapat diubah menjadi projek SULAM.